"kalau aku pergi , jangan lupakan aku ye ?" ღ

Tumblr_m07iasim9h1r5u4oco1_500_large

Assalamualaikum :')


Farid , seorang teman yang baik dan sangat pandai . seorang yang serious dengan perempuan lain kecuali aku . aku dengan dia sekepala . seorang lelaki yang agak kacak tetapi malangnya seorang yang keding . bermata sepet dan kurang rambut disebabkan dia lebih selesa jadi botak . dalam keluarga , dia seorang yang manja kerana dia anak bongsu . tetapi di dalam kelas , dia akan cuba jadi serious sedangkan lakonan dia untuk jadi serious gagal bila ada dengan aku .. hanya aku kawan perempuan yang dia ada . gaduh bersama . gelak bersama ku bersumpah mati pun bersama . okay itu takkan berlaku . kerana ..... aku akan ceritanya nanti . dia adalah peneman aku . walaupun dia bukan lah seorang yang lembut , tetapi dia memang lebih selasa berkawan dengan aku kerana aku dulu seorang perempuan yang mengalahkan lelaki . 

aku kenal dia sejak tahun 1 lagi . jadi kitaorang memang rapat sangat sampai kena tukar kelas pun , merayu kat cikgu supaya kitaorang tak berpisah . akhirnya kitaorang kekal sama kelas sehingga darjah 4 . dengan takdir tuhan , berlaku lah perkara buruk pada hari perpisahan tahun 4 . masa tu aku hanya mampu menangis dan berdoa untuk pulangkan dia kembali . kejadian pada 3 November 2007 , semasa aku sedang leka cari farid di sekitar sekolah .... kenangan manis bersama dengan farid susah aku ingin hilangkan dalam otak ni . penuh dalam memori aku dengan dia sahaja . sampaikan budak budak perempuan yang minat pada dia jealous dengan keakraban kitaorang . dan bila ada orang buli aku , dia adalah super hero aku . 

kalau aku balik lewat , dia akan teman aku walaupun dia tengah lapar atau letih . bila aku balik , aku suruh dia tumpang bersama dengan aku . tapi dia tak mahu . alasannya sebab dia malu . comel kan ? hahahhaa :'D bila aku sedih , dia sentiasa menasihati aku . kalau aku sedih , dia akan gembirakan aku . kalau aku sedih , dia akan berlari ke kantin semata mata nak belikan aiskrim untuk aku . kalau dalam kelas pulak , dia akan sentiasa ajarkan aku kalau aku tidak faham apa yang cikgu ajar . dan paling sayu lagi , dia pernah luahkan perasaan kat aku , tapi aku ni tak faham .

Farid : oit , aku nak cakap ni .

aku : apa nya ? cakap jelah . tiba tiba kau minta kebenaran nak cakap ni kenapa lak ? 
Farid : hahaha , kalau aku cakap ni kau jangan ketawa pulak 
aku : kalau aku gelak macam mana ? kau belanja aku aiskrim ye ? 

Farid : kau ni , pokai lah aku nanti *sambil buat muka manja*
aku : haaa , yelah . tapi belanja aku nuget ye ? kalau tak aku nak merajuk dengan kau
Farid : apa kau ni ? jangan lah kejam . yelah , nanti aku bagi . aku nak cakap ni .
aku : yeay ! apa nya ? cakap lah .
Farid : kau jangan gelak tau ! 
aku : yelah botak . cepat lah cakap .
farid : aku suka kat kau 
aku : *buat muka pelik* hahahahahhaha kau ni . aku pun suka kau lah botak 
farid : betul ke ni kau suka aku ? 
aku : yelah botak , kau kawan aku . memang lah aku suka kau .
farid : aku tak nak kawan , aku nak lebih dari tu 
aku : woi ! apa yang kau merepek ni ? aku tak faham lah . 
farid : aku suka kau . aku sayangkan kau .
aku : farid ! kau gila wei ! aku benci kau . *aku terus lari dari dia*

menyesal , menyesal sebab aku tak pernah nak fahami dia . sejak itu , aku tak berani nak cakap dengan dia . bila nampak dia , aku akan larikan diri dari dia . bila dalam kelas , dia hampiri sahaja aku . aku akan lari dari dia tak pun aku mengadu kat cikgu . sebulan kitaorang jadi begitu . budak budak dalam kelas semua pelik dengan kitaorang . memandangkan farid ni kuat mengadu , dia pun bagitahu kat dekat cikgu kaunseling . jadi cikgu kaunseling panggil aku dan pergi ke bilik kaunseling . masuk masuk sahaja , aku dah nampak farid tengah tunduk kepala dan pegang sapu tangan kegemarannya . cikgu pujuk supaya aku dengan farid berbaik semula . jadi aku berubah hati , dan berbaik dengan dia .

pada keesokkan harinya , semasa aku leka mencari farid di sekitar sekolah , Sharizzat , jiran farid berlari ke arah aku . aku tergamam , terus aku terduduk dengar apa yang di katakan oleh sharizzat . air mata tidak berhenti mengalir . sharizzat cuba menenangkan aku . tetapi itu tidak berhasil kerana hanya farid seorang sahaja dapat buat aku berhenti menangis . farid terlibat langgar lari semasa berjalan kaki untuk pergi ke sekolah . sekarang dia dalam keadaan koma dan mungkin hayat dia tidak berpanjangan . 

aku merayu pada syarizzat supaya aku dapat pergi berjumpa dengan farid . aku seperti kehilangan mak pada masa tu . cikgu yasmin masih cuba untuk menenangkan aku . tak , tak . aku takkan berhenti meraung selagi aku tak dapat berjumpa dengan farid . selepas beberapa jam aku masih tidak dapat ditenangkan , cikgu yasmin buat keputusan untuk bawa aku pergi ke hospital untuk melawat farid . dalam kereta , aku masih menangis teresak esak . sampai je di hospital , aku berdiri tegak dan tidak mampu berjalan untuk pergi melawat farid . cikgu yasmin pun pujuk aku dan aku berjalan sampil tersedu sedu . 

sesampai je di icu , aku ternampak ramai orang berkumpul dia depan bilik icu . aku tak mahu pandang mereka . aku terus menangis . cikgu yasmin yang nampak aku menangis terus bercakap dengan seorang wanita supaya dapat benarkan aku tengok farid . aku rasa mungkin itu ibu farid kerana raut mukanya hampir sama dengan farid . jadi aku dapat tengok farid dari luar sahaja . tapi aku tak berani nak angkat muka , tetapi ada sesuatu yang menyuruh aku tengok juga farid kerana itu mungkin pandangan terakhir aku pada farid . jadi dengan hati masih sebak , aku angkat muka dan tengok farid penuh dengan wayar wayar dan aku tak cam itu adalah farid . dalam beberapa saat saja , terus aku mengalihkan pandangan . semasa cikgu yasmin berbual dengan ibu farid , datang seorang gadis dan memujuk aku . dan kakak tu menghulurkan sepucuk surat dan menyuruh aku baca di rumah .

aku memegang erat surat itu dan hati membuak buak untuk membacanya . tetapi kakak itu amanahkan aku untuk baca di rumah , aku akan ikut arahan dia . air mata mengalir membasahi surat itu . selang beberapa jam , cikgu mengucapkan terima kasih dekat ibu farid dan memegang erat tangan aku . masuk sahaja dalam kereta , aku hanya tundukkan kepala dan mengesat sisa sisa air mata yang mengalir tadi dengan menggunakan sapu tangan kegemaran farid yang dia hadiahkan pada aku semalam . beberapa minit kemudian , cikgu yasmin pun membuka bicara .

Cikgu yasmin : ain , maafkan cikgu . cikgu nak cakap sesuatu boleh ?
aku : boleh cikgu , apa yang cikgu nak cakap ? *sambil berkata dengan perlahan sekali*
Cikgu : kalau cikgu cakap ni , harap ain bersabar ye ? ajal dan maut ditangan tuhan . hope ain sabar ye ?
aku : *aku tak berani kata apa apa . hanya diam sahaja*
cikgu : ain , boleh cikgu cakap tak ni ?
aku : cikgu , maafkan saya . tapi buat masa ni saya tak mahu dengar .
cikgu : baiklah ain , awak berehat lah dulu di rumah . esok tak payah datang sekolah . 

aku hanya mampu senyap dan mengenangkan balik keadaan farid tadi . sampai je rumah , aku senyap sahaja . wanmi tidak berani berkata apa apa kat aku . nasib cikgu yasmin dah tolong terangkan kepada wanmi . aku duduk bilik dan baru aku teringat yang kakak itu suruh aku baca surat yang diberi tadi . aku duduk dalam bilik dan membuka surat itu . tiba tiba terjatuh seutas gelang berwarna coklat . 


Kehadapan sahabat gila aku , 
mungkin kau baca surat ni aku dah tak ada dalam dunia ni . jangan kau sedih ye kawan ? mak aku kata Allah lebih sayangkan aku . kau pun selalu cakap kalau ada orang yang kau sayang pergi , maksudnya Allah sayangkan dia . jadi aku pun rasa begitu . aku nak minta maaf kalau aku ada buat silap kat kau . dan aku dah maafkan segala kesalahan kau kat aku . aku sayangkan kau . jadi kau jaga diri ye ? aku dah tak boleh jaga kau lagi . kau tu kena jaga perangai . jangan jadi lelaki sangat . kau tu dilahirkan jadi perempuan . nanti takda siapa nak kahwin dengan kau . kahkahkahkah .. sorry ye ? ;)
    aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat sangat . walaupun kau macam jantan , tapi kau tetap dalam hati aku . dan ingat tak lagi , kau yang buli aku tapi aku pulak yang kena cubit oleh cikgu hadi . dan itu akan jadi kenangan buat aku . nampak tak betapa sayang nya aku kat kau ? hahah . okay lah , aku tak tahu nak tulis apa lagi . yang penting kau jaga semua barang yang aku beri kat kau . dan dalam surat ni , nampak tak aku letak satu gelang dalam tu ? kau pakai tau . kau jaga gelang tu . itu sebagai tanda kita pernah berkawan . dan jangan pernah lupakan aku . okay lah sampai sini saja . Assalamualaikum :D  

406852_408495302550999_1159345010_n_large

Ini semua hanya lah rekaan semata mata ;D

Popular posts from this blog

Growing up

A Dream ✨

2016