patah hidung T,T

Assalamualaikum ;)

di hening subuh yang sugguh sejuk diiringi bunyi guruh ........... pehh jiwang siot aku xD hahahah okay pukul 3.51 pagi aku terbangun . di dalm lubuk hati aku terasa sesuatu buruk akan berlaku di sekolah nanti . jadi aku terfikir mungkin aku risau akan result akaun aku nanti . so aku tenangkan diri dan sambung tidur . pada pukul 5.30 pagi kedengaran lagu fantastic baby yang tak pernah lekang didengar . eceh ceh ceh xD

bila bangun , hati ni dupdapdupdap . peehh , seram sangat . tapi just tenangkan diri . pukul 6.56 pagi gerak pi sekolah . sampai sekolah dengan muka yang segar tapi macam taknak tengok orang . faham ? mean nak jalan sorang sorang dan takda orang lalu lalang . sampai tapak perhimpunan , duduk dan baca buku akaun . haaa baik kan ? xD then lisa datang , borak borak jup and masuk kelas . waktu pj aku dah risau gila . cikgu cakap hari ni nak buat lompat kijang . tapi barang takda , so cikgu batalkan . cikgu cakap main softball je . 

so gerak ke tengah padang . kena lari 3 pusingan then mula berlatih . mula mula try lontar bola , dahtu try pukul . last kali baru main . that time kumpulan aku pemukul , kumpulan lagi satu tukang lontar dan jaga bola . aku pemain ketiga . act aku pergi sebab budak budak ni taknak main semua . semua pi duduk jauh jauh . so aku bengang aku pi lah main . first bola aku tak dapat pukul , bola kedua pun tak dapat . bola ketiga cikgu campak tinggi and straight ke muka aku . and that time , aku terus terduduk . mula mula tu sakit . and then dah kurang sikit . bila buka tangan je , tudung dengan tangan penuh dengan darah . terus aku menangis sebab aku kalau keluar darah ni aku cepat pucat . cikgu dah cuak , suruh hidayah hantar aku pergi basuh hidung dengan darah .

and then pi kantin , hidayah belikan ais aku lap darah yang masih mengalir . banyak k . aku just fikir time tu ialah aku kena balik rumah dan tak dapat pergi latihan orkes dan wanmi akan cuak sebab wanmi still sakit . so aku tak berhenti nangis fikirkan tu je . cikgu tengok hidung aku , dan hidung aku senget semacam . cikgu suruh tekan , tapi dia berdenyut denyut je . takda lah sakit sangat . jadi cikgu cakap pergi jelah klinik sekali . pergi pejabat and that time kepala pening sangat . tapi aku senyum je . sebab entah lah . kelkar gak aku fikirkan . dan aku kalau kesakitan sangat aku tak suka tunjuk u,u 

cikgu hidayah lak cakap kat datin yang aku pukul bola , dan bola tu melantun sendiri ke muka aku . haish , aku still tak tahu apa sebenarnya terjadi . aku rasa aku belum pukul lagi bola tu , tapi entah lah . nanti aku tanya kawan kawan aku . kena gak soal selidik ! kang cikgu hidayah takut bersalah dia cakap salah aku . mana adil ! pergi klinik dan cikgu hidayah call ayah . pergi apa semua , dan doktor sama yang check aku time kaki aku sakit tu . haaa apa lagi , tak berhenti bebel lah dia . keluar nak pergi xray tengok ibu ada kat depan . aaa act aku tak suka ibu tahu , sebab kalau ibu tahu dia bebel tak tentu pasal . i know lah she worried about me , but over sangat u,u

pergi xray and pergi kat doktor tu balik . doktor cakap macam hidung patah , tapi xray tu kabur sangat . dia tanya doktor lain and confirm ! hidung patah . harharhar u,u so doktor cakap pergi ke hospital besar . cikgu hidayah minta maaf kat ibu dan aku pergi hospital besar dengan parent aku . cikgu balik sekolah balik . ayah dengan ibu sibuk call pejabat yang tak dapat pi pejabat sebab hantar aku . aku tidur jup sebab pening dia . Allah je yang tahu :< pergi , check sekejap and jumpa doktor . fuhh nasib dapat doktor cina yang baik gila dan muda . doktor tengok xray tu and dia cakap hidung aku patah u,u . dia suruh pi ENT nanti . doktor buat appointment dengan doktor pakar ENT , so pukul 2.30 petang kena datang balik . 

balik je rumah wanmi nangis sebab tokyah tak bagitahu pasal aku . lol , act aku nak terus ke sekolah . sebab bagi aku bukan lah teruk sangat dan barang barang aku semua kat sekolah lagi . tapi doktor suruh rehat kat rumah . so ayah tak kasi pergi . lepas makan , rehat jup . pukul 1.45 tengah hari pergi sekolah sebab nak ambik barang . dari makcik guard sampai budak orkes tanya aku acano hidung . aku cakap aku patah hidung sambil gelak . lol , aku tak tahu asal . jumpa mimi cakap aku tak datang orkes and gerak pi ENT . act thanks jugak kat diaorang sebab caring pasal aku . tapi jangan lah over snagat u,u sampai je ENT , tunggu dalam 1 jam lebih . peh pening dia makin teruk dan ngantuk gila -,- jumpa doktor , tak sampai 5 minit pun . doktor cakap jugak hidung aku patah tapi tak simen sebab aku masih muda .

tulang tu akan tumbuh sendiri . dalam 5 hari elok lah . doktor just bagi mc semalam dengan hari ni . dan esok aku kena buat exam akaun balik dan kena berlatih sendiri lagu orkestra yang baru sebab farah cakap lagu tu susah u,u dan terima kasih kat cikgu baizura sebab kasi ambik exam akaun balik ;) malam tu whatsapp dengan lisa . lisa cerita lah budak budak ni risau pasal aku . dan dia cakap yang paling risau pasal aku ialah ................. musa ! hahahahah act aku tak tahu asal musa baik dengan aku sejak akhir akhir ni . macam hari isnin hari tu , dia kasi kerusi kat aku sebab kerusi aku tu amat tidak selesa bila guna . aaaaaaaaaaaa i don't know what to say no more . so bye ! ;)

Popular posts from this blog

Growing up

A Dream ✨

2016