experience

it's been a long time i update blog about my life (?) before this , mo only whine in this blog . no memory to write in this . but now i have an experience . ok let's start .


lepas spm , aku memang dah fikir nak cari kerja or masuk kelas english for improve it . but suddenly ayah suruh join kursus kesetiausahaan and me give big no . but ayah mengamuk aku pun bla . malam tu nangis teruk gila sebab aku tak dapat buat apa yang aku nak walaupun dah habis sekolah sebab ayah aku dah cakap , apa yang aku nak buat lepas spm , buat lah . cakap lah siapa je tak mengamuk . mengadu kat abang pun bukan dia tolong -_____- so aku fikir lebih mendalam and terpaksa lah join . kang tak pasal2 gaduh . 15 december last year aku daftarkan diri dengan mood idgaf to people around me . lepas daftar masuk je bilik dengar ada orang panggil nama aku . and i was like , aduh sape lak ni . acano tahu nama aku ni . and tengok , sekali budak kelas aku masa form 5 . dalam hati ok i'm done with this things . act aku tak rapat ngan diorg tapi syukur sikit lah sebab ada orang yang aku kenal . tak payah aku nak berkawan dengan orang lain . yang ada dalam kelas pun semua lagi tua dari kiteorg .

aku dengar je lagu , malas nak berbual orang sebelah . si anak puan (pengajar) tu pi pasang trailer final destination dengan speaker kuat gila . ok memang mood that time hilang gila . beberapa minit lepastu puan suruh perkenalkan diri . memang paling aku benci lah kan . lepas perkenalkan diri apa semua puan ceritakan pasal kursus ni sampai pukul 11 pagi . lepastu puan bahagikan group and guess what , aku sama group with my old classmates and kawan ayah punya anak lepastu kelas lak petang . memang menyampah lah kan . and then balik . hari khamis tak silapnya masuk kelas petang . well i'm not going to write what i do in class selama 2 bulan aku join kursus ni .





last day for this class

habis je kelas , kena buat pratikal . act masuk pratikal 1 mac but idk what happen so aku masuk 16 mac . buat pratikal kat pejabat ayah aku . senang sikit kalau nak balik pun boleh and pekerja pun memang aku dah kenal sejak kecik lagi . so masuk tu agak excited lah sebab finally dapat duit hasil kerja keras aku . sampai tu terus duduk kat meja ayah and tengah duduk tu , nampak tuan haji (boss) lalu depan aku tanpa pandang aku . "okay i'm gonna die today" , lepas beberapa minit tu tuan haji panggil and tanya macam2 . last sekali dia kata , "koperasi tidak dapat menampung elaun untuk awak . takpe kan ?" hancur punah hati aku wey . aku macam wey pahal doh . asal kejam gila . 2 bulan pratikal tapi tak dapat apa2 , wey bapak kejam doh kau . tapi aku dengan muka tenang cakap "takpe . dapat sijil dengan ilmu pun cukup" ciput betul aku -_________- dah habis tu keluar dari bilik boss dengan hati berkecai .

selalu time pratikal , tengah hari aku dah balik . apa kejadah aku nak stay sampai office hour kalau elaun takdo langsung . time 2 hari yang lepas aku sampai petang sebab nak kena lipat surat untuk diposkan . mula2 buat surat PD dalam 300++ dan dah selesai tu tanya makcik ni ada lagi ke surat nak dilipat and dia cakap "eh , ada 7000 lagi" and i was like :OOOOOOO abah dia . so terpaksa lah buat sampai petang . seremban punya ada 1000++ . nak menangis aku . and sampai masuk mimpi . nightmare gila . aku fikir cukup bulan ni aku nak berhenti and cari kerja lain . penat tahu tak . act penat tapi ada elaun berbaloi jugak . sampai abang kata "ni bukan kerja lagi , ni amal jariah" hm idk . bagitahu ayah yang aku nak kerja next month , and muka dia pun lain macam . ok i still can't do what i want . 




hari rabu haritu , puan ada suruh datang untuk penganugerahan sijil and jamuan . fikir malas nak datang tapi tu jelah tempat aku keluar dari rumah dan tempat kerja . shopping complex dah lama tak pergi . kalau jejak pun beli barang dapur . sedih tahu tak hidup aku ni . nak keluar beli barang pun ditanya 1001 soalan yang buatkan aku malas nak keluar bila ditanya macam2 . sekolah ke tak bersekolah , sama je . so that's all i want to write . dah lama tak taip dalam bahasa melayu and i feel awkward . rasa macam kebudak2kan kot (?) so 끝


Popular posts from this blog

Growing up

A Dream ✨

2016